Bagi memastikan sistem anda sentiasa beroperasi dengan cekap dan pantas, anda boleh melakukan aktiviti Disk Defragmenter secara berjadual. Disk Defragmenter berfungsi mengurus fail-fail yang terdapat di dalam hard disk supaya mudah diakses oleh komputer serta memudahkan capaian antara satu sama lain. Anda boleh menggunakan operasi berjadual seperti Task Scheduler untuk menjalankan program ini pada masa-masa yang tertentu.
Langkah-langkahnya seperti berikut:
1) Klik Start -> Control Panel -> Scheduled Tasks
2) Pilih menu File -> New -> Scheduled Tasks
3) Namakan ikon tersebut dengan nama "Defrag Disk"
4) Klik dua kali pada ikon dan klik tab Task
5) Dalam ruang Run:, masukkan arahan ini: defrag.exe c: -v
6) Dalam ruang Start in: masukkan: C:\
7) Klik tab Schedule dan selaraskan masa yang sesuai bagi menjalankan tugas ini.
8) Klik OK.
Sekarang aktiviti utiliti Disk Defragmenter anda akan beroperasi secara berjadual.
Sekian.... Wassalam.
Recent Artworks in Gallery
Recent Posts in Blog
0
comments
0 comments for �Menjadualkan Disk Defragment�