Salam semua....
Setelah sekian lama tak update tuturial, hari ini saya akan kongsi dgn anda semua cara membuat refresh. Kegunaan refresh ini ialah untuk membuat penyegaran kembali pada laman blog atau website anda. Fungsinya sama sahaja dgn refresh yang ada pada setiap browser internet, cuma bezanya refresh yang ada pada browser internet dibuat secara manual dan ia akan bekerja apabila kita klik pada menu refresh tersebut. Tapi refresh yang saya tunjukkan ini akan bekerja secara automatik, anda tidak perlu klik pada tombol refresh yang ada pada toolbar.
Cara membuat nya sangat mudah, anda hanya perlu letakkan kod di bawah ini di antara kod <head> ..... </head> .
Kodnya seperti ini: <meta http-equiv="refresh" content="10"/>
* content="10" menunjukkan bahawa proses refresh akan lakukan dalam tempoh 10 saat. Jika ingin mempercepatkan atau melambatkan proses refreshini anda perlu ubah sahaja angka 10 menjadi lebih kecil atau sebaliknya.
Fungsi refresh selain untuk menyegarkan kembali halaman-halaman blog, ada fungsi lain yang juga cukup menarik, yakni berfungsi sebagai Redirect dari satu alamat URL ke alamat URL yang lain. Ini berfungsi jika anda ingin membawa pengunjung blog anda ke alamat yang anda inginkan.
Contohnya jika anda ada satu blog yang lama dan anda mahu bertukar ke blog yang baru, jadi anda tidak mahu alamat yang lama di aktifkan lagi. Dalam situasi ini selain menggunakan cara meninggalkan pesan bahwa alamat URL atau blog sudah berpindah, alangkah baiknya kita menggunakan fungsi Refresh yang di setting secepat mungkin. Misalnya waktu refresh di set kepada "0 " . Jadi apabila ada pengunjung yang mengunjungi alamat blog tersebut akan secara automatik di bawa terus ke alamat baru yang di inginkan.
Bagaimana..... senang bukan.......
Caraya sama shaja anda perlu membuat penamtambahan sedikit pada kodnya dan letakkan kod di bawah:
<meta http-equiv="refresh" content="0;URL=tulis alam URL di sini"/>
OK...... Selamat Mencuba.
Recent Artworks in Gallery
Recent Posts in Blog
0
comments
0 comments for �Refresh�