PortableApps.com merupakan perisian mudah alih yang boleh dimuatkan ke dalam USB drive untuk dipasang di mana-mana komputer Windows. Ia menyediakan pelbagai jenis perisian yang boleh anda pilih, contohnya Mozilla Firefox untuk melayari laman web, ClamWin untuk antivirus, dan OpenOffice.org untuk membuka dan menyunting fail Word, Excel, dan sebagainya.
Kelebihan perisian mudah alih ini ianya senang dibawa ke mana sahaja. Setelah anda masukkan perisian ini ke dalam pen drive, ia terus boleh dijalankan dari mana-mana komputer tak perlu lagi nak install satu-persatu ke dalam setiap komputer tersebut. Sangat memudahkan dan banyak kelebihannya terutamanya bagi orang yang selalu buat kerja di komputer lain spt dekat Cyber Cafe misalnya.
Selain itu anda juga boleh menyimpan settings yang telah ditetapkan bagi setiap perisian, contohnya seperti menyimpan bookmarks yang telah ditanda di Mozilla Firefox.
Sut perisian ini boleh anda download dari PortableApps.com. Anda boleh memilih untuk download:
* Platform Only. Hanya PortableApps.com Menu dan PortableApps.com Backup, serta ikon-ikon yang berkaitan. Download pakej ini sekiranya anda bercadang untuk pilih dan download aplikasi lain satu-persatu.
* Suite Light. Mengandungi perisian-perisian asas seperti Firefox, Thunderbird, ClamWin, dan Sumatra PDF. Namun sut ini tidak mengandungi OpenOffice.org kerana saiz yang terlalu besar, sebaliknya ia mengandungi AbiWord Portable bagi tujuan membuka dan menyunting fail Word.
* Suite Standard. Mengandungi perisian-perisian asas, sama seperti Suite Light. Suite Standard mengandungi OpenOffice.org bagi bagi tujuan membuka dan menyunting fail Word, Excel, PowerPoint, dan sebagainya.
Recent Artworks in Gallery
Recent Posts in Blog
0
comments
0 comments for �Perisian Mudah Alih - PortableApps.com�