Nik Aziz Meninggal
KUANTAN - Seorang pekerja kilang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori penghantaran cepat di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub dekat Lurah Bilut semalam.
Nik Abdul Aziz, 27, dari Bandar Baru Bangi, Selangor; kakaknya, Nik Hasmah, 29, dan anak Nik Hasmah, Mohd. Adib Daniel Amizan, 5, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan pada pukul 2.20 pagi.
Dua mangsa yang cedera ialah seorang lagi kakak Nik Abdul Aziz iaitu Nik Nab Nik Mat, 45, dan anak Nik Nab, Adibah Mohd. Fikri, 12, murid Sekolah Rendah Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.
Kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bentong.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Rosli Abdul Rahman berkata, semasa kejadian kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas pulang bercuti di Kampung Tempinis, Besut, Terengganu sempena cuti persekolahan sekarang.
"Setibanya di lokasi kejadian, sebuah lori penghantaran ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu terbabas ke laluan bertentangan dipercayai akibat permukaan jalan licin kerana hujan lebat sebelum bertembung dengan kereta mangsa," katanya.
LovePerak : urgh..nak sakit jantung aku baca tajuk tu tadi... nasiblah nik aziz lain...mohon tg nik aziz dipanjangkan umur untuk terus berjuang....
-------------------------------------------------------------------------------------------
Terkejut Beruk baca tajuk posting dr sahabat kita ni......
Semoga TGNA sentiasa sihat Walafiat hendaknya dan dipanjangkan umur InsyaAllah
Recent Artworks in Gallery
Recent Posts in Blog
0
comments
0 comments for �Terkejut Beruk Aku.....�