Pelan Layout
Plan Layout ialah gambarajah kasar kedudukan Server, Stesyen Kerja, Hub, peralatan lain dan laluan kabel dalam rangkaian tersebut.
Contoh Plan layout seperti di bawah
Perkakasan yang diperlukan
Kad Antara Muka (NIC)
Kad antara muka rangkaian menyambungkan semua stesen kerja dengan rangkaian. Kebanyakan kad ini adalah bersifat dalaman dan dimuatkan pada slot dalam komputer. Namun kebanyakan papan induk yang terkini telah tersedia ada dengan kad antara muka rangkaian
Kabel UTP
Kabel merupakan satu media yang bertindak sebagai laluan bagi maklumat yang bergerak dari satu peranti rangkaian ke peranti rangkaian yang lain.
RJ-45
Alat ini bertindak sebagai media yang menyambungkan kabel ke Kad antara muka rangkaian
Hub
Hub (hanya diperlukan jika terdapat lebih dari dua komputer dalam rangkaian)
Modem
Modem berasal dari singkatan MOdulator DEModulator.
Modulator merupakan alat yang mengubah isyarat informasi (yang berisi data atau pesanan) ke dalam isyarat pembawa (Carrier) dan siap untuk dikirimkan.
Demodulator pula merupakan alat yang memisahkan isyarat informasi (yang berisi data atau pesanan) dari isyarat pembawa (carrier) yang diterima sehingga informasi tersebut dapat diterima dengan baik.
Modem merupakan penggabungan kedua-duanya, bermaksud alat komunikasi dua arah dan sering digunakan untuk komunikasi pada komputer. Ianya berfungsi mengubah data analog kepada data digital dan sebaliknya mengubah data digital kepada data analog.
Data dari komputer yang berbentuk isyarat digital diberikan kepada modem untuk diubah menjadi isyarat analog. isyarat analog tersebut dapat dikirimkan melalui beberapa media telekomunikasi seperti telefon dan radio.
Apabila tiba kepada modem yang ditujukan, isyarat analog tersebut diubah menjadi isyarat digital kembali dan dikirimkan kepada komputer.
Terdapat dua jenis modem secara iaitu modem eksternal dan modem internal.
Modem juga terbahagi kepada:
- Modem analog iaitu modem yang mengubah isyarat analog menjadi isyarat digital
- Modem ADSL
- Modem kabel iaitu modem yang menerima data terus dari penyedia layanan lmelalui kabel TV .
- Modem CDMA
- Modem 3GP
- Modem GSM
Pengenalan Kepada Kabel UTP (Unshielded Twisted Pair)
Kabel UTP mempunyai pasangan wayar berpintal yang dibahagikan kepada 4 pasangan:
- Oren dan Oren-putih
- Hijau dan Hijau-Putih
- Biru dan Biru-Putih
- Coklat dan Coklat-Putih
Pemasangan Kabel Rangkaian Kepada Penyambung RJ45
| Kabel Rangkaian merupakan perantara di mana maklumat bergerak dari satu peranti rangkaian ke satu peranti rangkaian yang lain.Pemilihan jenis-jenis kabel adalah berkait rapat dengan saiz rangkaian, protokol dan topologi. 
 | ||
| Dalam konteks ini kabel yang akan digunakan ialah Kabel Tidak Berlapik Pasangan Berpintal (Unshielded Twisted Pair - UTP) dengan Penyambung RJ 45 (RJ 45 Connector ). Proses ini perlu dilakukan dengan amat teliti dan cermat. | ||
| Pada umumnya kabel yang biasa digunakan dalam sistem rangkaian adalah Kabel "Straight-Through". Ini bermaksud pin 1 pada satu hujung satu "plug" adalah disambungkan dengan pin 1 pada hujung "plug" yang satu lagi. Walaupun ianya tidak penting tetapi perlu dipatuhi bagi mendapatkan keseragaman pengkabelan. | ||
| Kabel "Cross-Over" adalah disilangkan hujung ke hujung. Sekiranya anda mempunyai dua "hub" yang perlu dihubungkan antara satu dengan yang lain maka anda perlu memastikan yang "hub" anda mempunyai "uplink port". | ||
| Jika tiada maka kabel "Cross-Over" diperlukan. | ||
| Jika "hub" anda mempunyai "uplink port" maka anda hanya memerlukan kabel "Straight-Through". Anda hanya perlu menghidupkan suis "uplink". | ||
| Kabel "Cross-Over" hanya digunakan apabila dua peranti "ethernet" disambungkan secara terus bersama seperti; hub ke hub dan komputer ke komputer tanpa menggunakan "hub". | 
Terdapat dua jenis skema untuk pemasangan kabel pada penyambung RJ-45 mengikut susunan warna wayar yang ditetapkan:
1. EIA/TIA T568A Scheme (Skema A)
- Hijau-Putih
- Hijau
- Oren-Putih
- Biru
- Biru-Putih
- Oren
- Coklat-Putih
- Coklat
2. EIA/TIA T568B Scheme (Skema B)
- Oren-Putih
- Oren
- Hijau-Putih
- Biru
- Biru-Putih
- Hijau
- Coklat-Putih
- Coklat
EIA/TIA T568A Scheme

EIA/TIA T568B Scheme

Komputer Ke Hub (Straight-Through)
------------T568B ------------------------------------T568B-----------
Komputer Ke Komputer (Cross-Over)
-----------T568B------------------------------------- T568A-----------
0 comments for �Network - Pelan Layout�