0
comments
Hari ini aku ada terima satu email spt di bawah ni. Aku mmg bersetuju sangatlah dengan idea dan cadangan penghantar email ni. Harap pihak2 yg tertentu dalam PAS dapatlah membuat pertimbangan yg sewajarnya.... Allhu Akbar 3X
Salam,
Salam,
Memang benar, Unit Amal PAS ini bersedia dikerahkan untuk bertugas bagi mengawal keamanan dan perjalanan aktiviti atau program yang dianjurkan oleh PAS atu kerajaan Pakatan Rakyat. Mereka menjalankan tugas dengan sukarela tanpa sebarang imbuhan. JIka ada pun hanyalah nasi bungkus semasa menjalankan tugas seharian suntuk. Mereka datang dari merata tempat.
Sehingga kini, belum ada lagi parti-;parti politik yang memiliki pasukan sedemikian.
Cumanya, ada sebahagian anggota-anggota Unit Amal ini ada yang memakai pakaian yang telah lusuh semasa menjalankan tugas. Penampilan sedemikian boleh menjejaskan imej pasukan Unit Amal ini. Tetapi kita sedia maklum, mereka mengeluarkan beelanja sendiri untuk mengadakan pakaian dari atas kepala hinggalah ke kaki, dari beret hingga ke kasut. Semua dibeli sendiri.
Telah sampai ketikannya, PAS Pusat atau Negeri, perlu mengusahakan dana bagi menyediakan pakaian yang selengkapnya kepada anggota-anggota Unit Amal ini. Penampilan dari segi pakaian juga amat penting bagi menonjolkan imej parti selain dari disiplin anggota-anggotanya. Jika boleh anggota-anggota Unit Amal ini diberi lencana pangkat dan Negeri bagi mencerminkan kekananan, kecemerlangan dalam perkhidmatan dan dikenali dari Negeri mana yang diwakili oleh mereka.
Bekas-bekas anggota tentera yang menjadi ahli PAS sebaiknya diminta tampil bukan sahaja berkhidmat dalam pasukan Unit Amal ini tetapi juga boleh melatih anggota-anggotanya menjalani kawad dan disiplin-disiplin tertentu.
Jika saranan ini mendapat pertimbangan dari PAS Pusat atau Negeri, pasukan Unit Amal ini akan lebih berketrampilan, berdisiplin dan kelihatan gah pada orang-orang awam yang diluar parti.
Sekian dan wassalam,
0 comments for �Jgn Lupa Pada Unit Amal PAS (Red Soldier)�