Assalamualaikum...
Buat teman2 blogger sekalian, pada posting kali ini saya ingin berkongsi dengan teman semua tips utk mengedit HTML blogspot. pernah atau tidak semasa teman2 semua mengalami kesukaran semasa proses pengeditan tsb. terutama bagi blogger yg baru berjinak2 dlm dunia blog. kadang2 tu x jumpa code yg hendak dicari atau amaran error-lah dan macam2 lagi lah.
Berikut ada beberapa tips untuk mengedit HTML.
1. Backup Template.
Perkara ini yg paling penting sekali. Sekiranya semasa pengedita blog anda rosak dan sebagainya kita boleh mengembalikan kepada blog asal. Dinasihatkan kepada teman2 semua sblm mengedit HTML tu seeloknya membuat backup dahulu utk keselamatan. Cara backup template ini mudah jer. Anda hanya perlu klik pada link "Download Full Template" lalu simpan fail template tu di komputer anda. jika berlaku sebarang kerosakan atau kesalahan pada template yg diedit yg x boleh kita atasi, anda cuma perlu "Upload" saja fail template yg disimpan tadi.
2. Memberi Tanda Pada Kotak "Expand Widget Template".
Ini yang selalu dilupakan oleh kebanyakan "editor". Jika kota "Expand Widget Template" tidak di tandakan kemungkinan code yang cicari susah ditemui. tetapi kadang2 hal ini tidak berlaku bergantung kepada arahan atau petunjuk tutorialnya. Sebaiknya perhatikan betul tutorialnya sblm mengedit HTML Blog.
3. Memudahkan Pencarian.
Bagi memudahkan pencarian code anda perlu copy dahulu code yg hendak dicari kemudian tekan "Crtl + F" dan pastekan dalam kotak pencarian. Jika misalnya code yg dicari tsb tidak muncul atau tidak jumpa, cuba masukkan sebahagian shj code tsb. kalau sudah jumpa terus klik butang "Next" untuk melihat jika ada code lain yang sama. Jika ada code lain yg sama anda kenalah kenalpasti betul2 code yg diperlukan. *Rasanya tips ini agak sukar jika menggunakan browser Chrome, jadi saya galakkan teman2 gunakanlah browser Mozilla Firefox.
4. Menghadapi Error Yang Muncul.
Setelah siap edit lalu kita hendak simpan (save) tiba-tiba keluar mesej error seperti ini: (hangin woiii...)
We were unable to save your template
Please correct the error below, and submit your template again.
Your template could not be parsed as it is not well-formed. Please make sure.....
Apa yg harus anda lakukan ialah berusaha memahami mesej error tsb. Periksa atau cek balik tutorial yg kita baca(rujukan) adakah memenuhi semua kehendak tutorial berkenaan. Jika tidak yakin kita boleh ulanginya semula dari awal (rujuk tutorial dari A to Z semula lah...hehehe....) dengan klik pada butang "Clear Edit" terlebih dahulu.
Ok lah setakat ini dulu lah wahai teman2 ku.... kita jumpa lagi nanti utk tips yg lain pula .
Wassalam...
Recent Artworks in Gallery
Recent Posts in Blog
2
comments
You may also like :
2 comments for �Mengedit HTML Blogspot�
Leave a Reply
mountdweller
February 23, 2009 at 3:42 AM
Terima kasih kerana sudi berkungsi ilmu. Semoga anda diberkatiNya.
muraisenja
February 24, 2009 at 6:35 AM
sesame tuan :)