Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Pada posting yang ke berapa ni pun tak tahu lah... tapi yg pentingnya saya akan berkongsi dgn teman blogger semua bagaimana nak tukarkan background (latar belakang)pada blog anda. mungkin ramai antara blogger yang telah lama berkecimpung di dunia blogger ini yang dah tahu tips dan cara menukar background ini.
Namun bagi blogger yg baru masuk ke dunia blog boleh lah jadikan posting kali ini sebagai rujukan dan panduan. Blog ini bolehlah diibaratkan seperti sbg rumah kita di alam maya ini. Setiap pemilik rumah pasti inginkan sebuah rumah yg cantik dan indah dengan di hiasi dgn beberapa perhiasan yg menarik, agar rumah mereka kelihatan ceria dan anggun. Betul tak?...
Bagi menghiasi rumah anda itu tak perlulah anda menukar templatenya. Cukup hanya dengan sedikit sentuhan yg kreatif dari pemilik rumah tersebut akan mendapati rumahnya cukup menarik dan setiap tetamu yang bertandang pasti tertawan.
Apa yg diperlukan untuk kerja2 pengubahsuaian blog(rumah)?.....
1. Pengetahuan.
2. Kreativiti.
3. masa.
4. Minat.
5. Kesabaran.
Jika sudah ada semua dia atas mari kita mulakan:
Mengubahsuai dan menyimpan imej pada hosting.
1. Dapatkan satu gambar/imej yg menarik untuk dijadikan sbg background pada blog anda. Seeloknya saiz imej mesti berukuran 1024 X 768.
2. Jika perlu ubahsuai sikit imej agar lebih menarik.
- Menambah objek lain pada imej.
- manambah perkataan(Text).
- Mancantum 2 atau lebih imej.
- Teknik pencahayaan.
- Pengubahsuaian warna(RGB)
- Dsb.
3. Tutorial mengubahsuai imej boleh rujuk DISINI atau mana2 tuturial yg berkaitan.
4. Setelah selesai proses ubahsuai imej anda, hostkan imej tsb di mana2 hosting, byk hosting yg percuma.
5. Contohnya hosting percuma sptImageShack , Photobucket , Servimg dan byk lgler...
6. Jika belum mendaftar sila daftar(percuma). Setelah mendaftar uploadkan imej anda tadi ke hosting pilihan anda.
7. Setelah selesai proses upload anda akan di beri satu beberapa link berkaitan imej yg baru diuploadkan. Plih Direct URL, copy url tersebut dan simpan.
Memasukkan imej sebagai background ke dalam blog.
1. Loggin ke blogger
2. Pilih Layout > Edit HTML.
3. Cari kod body{ . Dah jumpa cu lihat kod di bawahnya lebih kurang ada kaitan dengan background.
4. Cuba gantikan kod tsb dgn kod seperti di bawah:margin:0px auto 0px; padding:0px; font-family:Tahoma; font-size:13px;
color:#000000;
background:#000000;
background-image: url()
background-attachment: fixed;
background-position: center;
background-repeat: no-repeat;
margin:0;}
a{color:$linkcolor}
img{border:0}
5. Gantikan text yg berkelip dengan Direct URL(dimana tersimpan imej) yg anda simpan tadi.
- Jika imej kecil atau ingin ulang imej gantikan kod background-repeat: no-repeat kepada background-repeat: repeat
- Jika ingin imej bergerak semasa scroll up dan scroll down buang kod ini background-attachment: fixed
OK selamat mencuba.
Recent Artworks in Gallery
Recent Posts in Blog
2
comments
You may also like :
2 comments for �Tukar Background�
Leave a Reply
lhakim
May 29, 2009 at 12:19 AM
saya nak tanya macamana nak buat READ MORE @ BACA SELANJUTNYA?
ummi shoppe
June 9, 2011 at 1:18 AM
tq..berkongsi ilmu..;)