Assalamualaikum...
Semalam ada sorang sahabat tanya saya "macam mana nak buat sistem komputer ada dua windows. bagaimana nak buang salah satu windows tersebut".
Kalau ada kes macam ni anda hanya perlu ikuti sahaj langkah berikut:
1. Klik kanan pada My Computer dan pilih Properties.
2. Tetingkap System Properties akan dipaparkan. Pada Tetingkap System Properties Klik pada tab Advanced. Pada bahagian Startup And Recovery klik butang Setting.
3. Kemudian tetingkap Startup and Recovery akan dipaparkan pada skrin. Di sini anda akan dapat lihat terdapat dua OS Windows apabila anda klik pada lambang anak panah ke bawah (kotak merah melintang).
4. Anda hanya perlu hilangkan tanda ( √ ) pada kota merah seperti gambarajah di bawah.
5. Langkah seterusnya klik pula pada butang Edit.
6. Tetingkap Boot akan di paparkan. Delete (hapuskan) sistem windows yang tidak diperlukan kemudian Save.
Nak buang yang mana satu???.... Semasa paparan di atas tu akan akan dapat mengenal pasti mana satu sistem yang aktif dan tidak aktif.
Kalau tersalah buang sistem yang aktif formatler semula hahahaha......
Sekian .... Wassalam.
0 comments for �Komputer: Ada 2 windows dalam sistem komputer�