3
comments
Assalamualaikum...
Terima kasih kerana masih sudi singgah di blog ini. Pada posting kali ini saya akan memenuhi hajat/permintaan saudara blogger Abufawwaz Albakri. Beliau ingin mengetahui bagaiman cara membuat tulisan jawi pada blogspot.
Sebenarnya ada banyak kaedah yang boleh kita gunakan seperti gunakan perisian/software, banyak terdapat perisian yang dapat membuat tulisan jawi atau yang boleh menterjemah terus tulisan rumi kepada jawi. Selain daripada itu terdapat juga beberapa laman web yang menawarkan perkhidmatan tersebut secara percuma.
Untuk tutorial ini saya menggunakan perkhidmatan dari laman web http://www.ejawi.net .
1. Buka laman http://www.ejawi.net .
i) Tuliskan perkataan/text anda dalam kotak "Teks yang perlu ditransliterasi".
ii) Kemudian klik pada butang "Tukar!" .
2. Pada kotak "Keputusan hasil transliterasi" akan dipaparkan tulisan jawi yang sudah diterjemah dari tulisan rumi tadi.
i) Untuk memasukkan tulisan jawi yang sudah diterjemahkan itu ke dalam posting, anda hanya perlu select pada tulisan jawi tersebut dan copy kemudian pastekan pada posting anda.
3. Anda juga boleh menulis terus tulisan jawi dengan menggunakan "papan kekunci maya" yang telah disediakan.
i) Klik Sahaja pada link/perkataan "Papar Papan Kekunci Maya" yang terletak dia atas butang "Tukar!".
4. Kemudian akan muncul "papan kekunci maya" yang tertera tulisan jawi tersebut.
i) Anda boleh terus menulis mengikut kehendak dan gaya bahasa anda sendiri.
ii) Papan kekunci ini sesuai digunakan jika hendak menulis Hadith atau sesuatu Surah dalam Al-Quran. Jika kita menulis dalam ejaan rumi kemudian diterjemah kepada jawi sudah pastilah akan berlaku kesilapan dari segi ejaannya. Jadi lebih afdal sekiranya ditulis terus dengan huruf jawi yang terdapat pada papan kekunci ini.
iii) Untuk memasukkan kedalam posting anda kaedahnya sama seperti langkah yang ke 2 di atas.
*Mudahkan... Semoga ianya membantu.
سموݢ توتوريال اين داڤت ممبنتو اندا
cucu kwantung
April 30, 2010 at 5:42 PM
makasih bener2.
abufawwaz albakri
May 4, 2010 at 8:42 PM
terima kasih kepada tuan atas respon saya tempoh hari... saya dah cuba di blog saya
شكرا
AzizMostafa
September 9, 2010 at 10:50 AM
Semarak Jawi dengan:
1. Jawi Digital Khattat:
http://typophile.com/node/48495
http://typophile.com/files/Mir3mad.pdf
http://typophile.com/files/MirEmad.pdf
http://typophile.com/files/Naskh%20Aziz_0.pdf
2 Teka Silang Kata Kelopak — Rumi + Jawi
http://www.typophile.com/node/51401
----------------------------------------------
Melompat Lebih Tinggi + Semoga Berjaya
http://www.typophile.com/node/58330