0
comments
Assalamualaikum...
Dari  Abu "Abd al-Rahman Abdullah bin Mas'ud radhiALLAHu'anh, katanya: Telah  menceritakan kepada kami oleh Rasulullah S.A.W dan ia benar lagi  dibenarkan, sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya  dalam perut ibunya selama 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal  darah seperti yang demikian itu, kemudian jadi seketul daging seperti  yang demikian itu juga, iaitu 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya  malaikat lalu ditiupkan roh padanya dan diperintahkannya menulis empat  kalimat, iaitu rezekinya dan umurnya dan amalnya dan celakanya atau  bahagianya. Maka demi ALLAH yg tiada Tuhan selainnya, sesungguhnya salah  seorang kamu mengerjakan dengan 'amal ahli syurga sehingga tidak ada  jarak antaranya dan antara syurga melainkan sehasta, kemudian terdahulu  keatasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan dengan 'amal ahli  neraka, maka masuklah ia kedalamnya. Dan sesungguhnya salah seorang kamu  mengerjakan dengan 'amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya  dan antara neraka melainkan sehasta. Kemudian terdahulu atasnya  ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan pula dengan 'amal ahli syurga,  maka masuklah ia kedalamnya. 
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.  
Wallahua'lam
0 comments for �Renungan Hadis�