3
comments
Assalamualaikum...
KANGAR 20 Mac – Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.
Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.
Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.
#Sumber dari Blog Pak Karamu
leekonyou
March 20, 2011 at 2:51 PM
kawin kat rumah ikut adat cina,kat pejabat register ikut bai,kat otel ikut yahudi, kat atas jalan ikut ayam,kat stable ikut kuda, kat padang ikut lembu, kat atas tilam bantal ajalah
mountdweller
March 21, 2011 at 11:56 PM
Salam
Pak Din minta Imam/Pak Din sendiri nikahkan Along di rumah tetapi Imam berat hati dengan mengatakan "Abang Din, ambillah berkat Masjid".
Imam ini pun ada master dari Cairo.
muraisenja
March 22, 2011 at 3:29 PM
Saya pun ada bertanya beberapa orang ustaz dan imam selepas mendapat maklumat ini dan berbagai pendapatlah mengenainya. Saya pun kurang arif dalam hal seumpama ini.