0
comments
Assalamualaikum...
Bermain-main dengan kamera sungguh mengasyikkan. Membidik suatu objek, fokus, dan klik, hanya semudah itu. Cara klasik ini memang telah banyak digunakan oleh keseluruhan jurufoto, samada yang bergelar profesional mahupun yang “super” tidak ketinggalan juga yang amatur sekalipun.
Rupanya Ryan Gallagher, seorang jurufoto amatur dari Texas sudah mulai bosan dengan teknik lama tersebut. lalu dia telah membuat eksperimen dengan caranya sendiri. Bagaimana? Iaitu dengan MEMOTRET SAMBIL MELEMPARKAN KAMERANYA KE UDARA!!!!! ya... ke udara!!!
Apa yang dia dapat? sebuah fenomena teknik fotografi terbaru, yang disebut, Camera Tossing!
Apa itu Camera Tossing? Apa hasilnya? Bagaimana cara melakukannya?
Kita bahas perkembangan teknik penggunaan kamera digital yang paling asyik itu di sini!
Apa itu Camera Tossing ?
Camera Tossing adalah teknik fotografi kinetik, menggabungkan jumlah exposure yang disediakan oleh format kamera digital dengan prinsip Lomography, shoot-firts-ask-question-later, dengan cara melemparkan kamera ke udara dan membiarkan kamera tersebut mengambil gambar ketika berputar di udara. Menurut beliau, eksperimen-eksperimen yang dapat dilakukan tidak ada batasannya. Bergantung pada kreativiti si pemotret, mau dilempar sambil bediri, duduk, baring, kuda-kuda pencak silat atau apa saja teknik sekalipun terserah… yang penting jangan lupa tangkap balik kamera tu!!!…
Who’s the first doin’ it professionally?
Pada suatu malam, 20 Ogos 2005, seorang Theater Production dari Texas, Ryan Gallagher, saja ingin mencuba sesuatu kreativiti baru dengan kamera miliknya untuk memotret lampu-lampu jalanan kerana bosan dengan teknik yang sama saja. Akhirnya dia cuba dengan memotret sambil melemparkan kameranya di udara. Hasilnya? sebuah teknik fotografi yang sungguh luar biasa…
Caranya setting exposure kamera digital anda pada dedahan yang lebih lama. (senang cerita setting pada mod night...tak tau tengok manual book). Seterusnya tekan tombol shutter dan lempar kamera itu ke udara, kemudian tangkap balik kemera tuuuu…JANGAN TAK TANGKAP WEEHH! Sebelum tu praktis dulu kat rumah dalam bilik tidur, yang ada bantal, tilam dan sebagainya. Kalau sudah mahir tangkap balik kamera tu baru pergi ke luar..cari objek lampu-lampu yang menarik, lebih bagus kalau objek itu berupa rope-lights.
Beberapa tosser (sebutan buat para pengguna teknik ini) memakai tali yang diikat pada kameranya atau tali yo-yo untuk memudahkan mereka menangkap kameranya kembali. Jarak lemparan/balingan sampai ketinggian 3 kaki (Lebih kurang 90 cm) merupakan permulaan yang baik bagi tosser yang baru nak cuba teknik ini. Ada juga para tosser yang mahir melempar sampai ketinggian 20 kaki.
Kalau ingin mencuba mulakan dengan kamera kompak digital. Kalau kamera DSLR yang mahal-mahal tu fikir dulu dua tiga kali...... kalau anda yakin teruskan, terbarai DSLR tu aku tak nak tanggung jawab..... wakakakaka!!!!!!!!
Apa kelebihan Camera Tossing?
Kelebihannya banyak. Anda mampu melatih kreativiti anda agar tidak terbatas! Bahkan karya-karya para tosser level tinggi kini dengan megahnya berada di pameran di Berlin dan Hamburg. Apa tunggu lagi jom mulai dari sekarang setting kamera digital anda dan lempar tinggi-tinggi ke udara!
Sumber: http://www.eocommunity.com
0 comments for �Camera Tossing�