Ada apa dengan lensa yang menjadikannya begitu penting? Salah satu komponen utama bagi sesebuah kamera yang tidak boleh dipandang remeh adalah lensa kamera. Sehinggakan ada golongan profesional yang sanggup berbelanja lebih untuk lensa berbanding kamera.
Ini kerana lensa mempunyai lebih banyak peranan berkaitan kualiti dan penggunaanya dalam rakaman gambar. Ia amat diperlukan dan berguna untuk jangkamasa yang lama. Sekiranya sesebuah kamera yang kita gunakan hari ini akan ditukar dalam masa 10-15 tahun lagi, lensa kamera tetap kekal berguna pada mana-mana kamera yang serasi dengannya. Bukan sahaja lensa menjadi pelaburan awal yang bijak, malah ia penting untuk merakam imej berkualiti di samping badan kamera itu sendiri.
Antara lensa yang pernah popular satu ketika dulu seperti Nikon 18-200mm VR, namun pada ketika ini ianya masih lagi menjadi lensa yang popular untuk kamera Nikon DX. Malah ia juga dikatakan serasi untuk kamera-kemera yang terkini seperti model D300 dan sebagainya. Begitu juga dengan lensa-lensa lain, yang pernah dikeluarkan beberapa tahun lalu, masih lagi menjadi lensa yang terbaik sehingga kini, meskipun model kamera telah berubah.
Seorang jurukamera yang baik juga akan memastikan dirinya memiliki pelbagai jenis lensa untuk digunakan pada situasi berbeza. Lensa sudut lebar , lensa jarak jauh, lensa makro, lensa standard dan sebagainya akan digunakan pada situasi berbeza. Ini menunjukkan bahawa lensa-lensa ini memaikan peranan yang tersendiri dalam menghasikan rakaman gambar yang baik, sama ada dalam fotografi manual mahu pun digital.
Lensa kamera juga boleh didapati dalam jarak kanta berbeza-beza yang menentukan kedalaman paparan dan fokus sebuah gambar (ini yang menentukan jenis lensa). Lebih panjang lensa kamera, maka lebih lebar imej terhasil. Begitu juga dengan lensa standard yang menghasilkan imej seperti mana yang dilihat oleh mata. Untuk itu, pemilihan dan pemilikan lensa yang boleh menawarkan semua ciri-ciri ini menjadi pilihan terbaik.
Sekiranya anda sedang merangka bajet, lensa dikatakan pelaburan awal yang seharusnya dititik-beratkan. Amat berbaloi jika dapat memiliki lensa terbaik dengan nilai wang yang ada, manakala badan kamera yang baik pula menjadi bonus. Sesebuah lensa yang dibeli akan sentiasa digunakan dan membantu anda mendapatkan rakaman berkualiti yang sentiasa anda idam-idamkan.
Bagaimana untuk mendapatkan lensa dan apa kegunaanya?
1. Tetapkan Bajet dan pastikan anda mendapat sebuah lensa terbaik pada satu harga daripada membeli dua lensa murah.
2. Lensa standard atau lensa zoom? Bagi anda yang pertama kali membeli kamera dan lensa, dapatkan lensa standard terlebih dahulu. Pastikan yang anda boleh merakam subjek sedekat mungkin berbanding membiarkan zoom lakukan semuanya.
3. Buat pertama kali, anda patut dapatkan lensa daripada pengeluar asal seperti Nikon atau Canon. Jika ia merupakan lensa kedua atau ketiga anda, tiada salahnya tinjau-tinjau pilihan lain.
4. Sekiranya anda membeli lensa dari pengeluar pihak ketiga, pastikan pelekap lensanya serasi dengan kamera anda. Bukan semua lensa serasi semua model kamera.
5. Terdapat tiga jenis lensa iaitu standard, lebar dan telefoto. Kuasa sesuatu lensa itu terletak pada ukuran milimeternya atau juga dikenal sebagai jarak focal. Dapatkan juga Aperture maksimum.
6. Ketahui kegunaan lensa anda. Misalnya lensa sudut lebar (24-28mm) untuk fotografi lanskap, lensa telefoto untuk rakaman jarak jauh seperti perlawanan bola sepak, lensa makro untuk 'close-up' dan lain-lain lagi.
7. Dapatkan sahaja tak mencukupi, kene pandai jaga. Gunakan penutup lensa sekiranya tidak digunakan. Jaga dengan selamat.
8. Gunakan pembersih lensa setiasa dan elak dari menyentuh dengan tangan.
9. Pastikan lensa sentiasa kekal kering.
10. Sentiasa dapatkan maklumat ,mengenai lensa terbaik di pasaran dan tip penjagaanya dari pelbagai sumber.
Recent Artworks in Gallery
Recent Posts in Blog
0
comments
0 comments for �Ada Apa Dengan Lensa???�