Salam buat semua.... entri kali ini agak berlainan sedikit dari sebelum ini. Jika sebelum ini saya byk membincangkan tentang tips dan trik blog, tutorial kerkaitan photoshop tapi kali ini saya ingin berkongsi dgn anda semua berkaitan penjagaan kamera.
Di dalam dunia fotografi sebuah kamera amat penting, tidak kiralah jenis apa sekali pun dan dari mana buatannya atau berapa harganya. Kamera dan peralatannya yang dibeli ada yang mencecah belasan ribu ringgit dan ada yang sampai berpuluh ribu. Mahal atau murah peralatan kamera anda bukan persoalannya, walau semahal manapun kamera anda jika tidak dijaga dengnan betul lama-kelamaan akan rosak juga.
Berikut ada beberapa tips penjagaan kamera untuk dikongsi bersama.
1. Kebiasannya beg kamera diberi secara percuma semasa membeli kamera kadang-kadang kurang sesuai dengan keadaan cuaca semasa yang panas dan lembab. Dapatkan beg
yang terbaik antaranya kalis air, tahan panas, tahan lasak, kalis habuk dan
seumpamanya.
2. Sentiasa masukkan dalam "Dry Box"sekiranya tidak digunakan. Jika tidak mampu dan untuk sementara waktu, gunakan Tupperware kedap angin. Gunakan bersama silica gel.
3. Dapatkan kit pencuci kamera anda untuk membersihkannya. Blower dan kain lembut diperlukan untuk mencuci habuk dan kotoran pada kamera dan lense anda.
4. Guna Lens Filter untuk mengelakkan lens bercalar atau Fungus. Ianya lebih murah dari membeli lens baru jika rosak. Lens ibarat mata, jika rosak maka kualiti gambar yang dirakam melalui lens tersebut akan terjejas dan kurang menarik.
5. Jauhkan daripada bahan yang mudah terbakar dan elakkan kamera daripada berada di tempat yang panas.
6. Jika cuaca sejuk, simpan kamera anda pada suhu badan. Jika pemeluapan terjadi, tanggalkan bateri dan kad memori serta merta dan biarkan kamera terbuka sehingga betul-betul kering.
7. Jauhkan dari menyimpan kaera dari benda yang bernagnet. Ianya akan memberi kesan kepada litar kamera anda.
8. Service kamera anda secara berkala di pusat servis kamera agar dapat memanjangkan jangka hayat kamera anda. Sekurang-kurangnya setahun sekali.
9. Kamera anda sangat sensitif dan manja, cuci tangan untuk mengurangkan risiko kerosakan dan memindahkan kotoran ke kamera anda. Kalau berada di pantai, elakkan dari air masin kerana ianya tidak sesuai.
10. Kalau boleh guna hanya seorang sahaja.
Hanya inilah yang mampu dikongsi bersama. Tips di atas saya dapat dari beberapa bahan bacaan dan nasihat beberapa rakan yang mempunyai minat yang sama.
Recent Artworks in Gallery
Recent Posts in Blog
0
comments
0 comments for �Tips Penjagaan Kamera�