Malacca Beauty From 50mm Point of View yang berlangsung pada 9 Jan 2010 (Sabtu) merupakan salah satu aktiviti komuniti FMDC (forum.fotomedia.com.my) Bahagian Selatan 1 ( Negeri Sembilan dan Melaka). Program ini bagi menguji kemahiran serta skil photographer merakam gambar melalui lensa 50mm. Selain itu ia juga merupakan aktiviti riadah bagi mengumpulkan photographer bahagian selatan untuk berkenal-kenalan dan beramah mesra disamping menjalin hubungan silaturrahim antara satu sama lain.
Terima Kasih kepada pihak penganjur Samsudds serta Dr Malek, Rafi dan Mr Heng yang telah menjayakan program ini. Menurut laporan dari Dr Malek melalui FMDC jumlah peserta yang mendaftar dan menyertai pertandingan ini seramai 43 orang dan jumlah yang hadir keseluruhannya lebih kurang 60 orang (wow.....ramai tu) turut memeriahkan lagi program pada pagi hari Sabtu tersebut.
Tema Malacca Beauty From 50mm Point of View bagi mendedahkan kemahiran peserta merakam gambar-gambar menarik melalui lensa 50mm dari segi komposisi, kreativiti dan beberapa kreteria yang lain.
Semua peserta berkumpul dan pada jam 8.00 pagi untuk pendaftaran dan taklimat di Restoran Nasi Kandar Subaidah, Melaka Megamall, Bandar Hilir, Melaka. Pertandingan bermula lebih kurang jam 9.30 hingga 11.30 pagi dan peserta dikehendaki balik semua ke tempat pendaftaran dengan sekeping gambar yang menarik untuk di nilai oleh para hakim. Sementara menunggu para hakim membuat keputusan para peserta berehat di Restoran Subaidah sambil menanti dengan penuh debar dan lebih kurang jam 1.00 tengahari keputusan diumumkan dan Cik Wawa telah dinobatkan sebagai pemenang pertama. Tahniah Wawa......Hadiahnya agak menarik dan lumayan iaitu sebuah lensa AF Nikkor 50mm f/1.8 bernilai RM 468.00 beserta hamper.
Peserta bergambar kenangan sebelum memulakan acara.
Bergambar selepas pertandingan bersama hadiah yang dimenangi.
Para hakim dari kiri Mr Heng, En. Rafi dan Dr Malek sedang meneliti gambar-gambar yang telah dihantar oleh peserta sebelum mengumumkan keputusan.
Tahniah kepada pemenang pertama Wawa dan sifunya En. Serigala bersama hamper dah hadiah yang dimenangi.
Antara peserta yang mengambil bahagian.
LanBfm (baju hitam) tengah borak....... citer pasal job kot.
Mak aiihhh panjangnyer lensa brader tu.
Best..... kalau ada lagi program camni akan datang wa akan join lagi....... Sekian.
Recent Artworks in Gallery
Recent Posts in Blog
0
comments
0 comments for �Malacca Beauty From 50mm Point of View�