Assalamualaikum...
Sesuatu gambar potret akan menjadi lebih menarik jika kita fokus tepat pada bahagian mata. Lebih-lebih lagi potret seorang baby, sinar pada bahagian mata akan menaikkan lagi seri pada gambar potret tersebut.
Kali ini saya akan tunjukkan cara edit potret paling simple dan mudah terutama pada bahagian mata kasi lagi pop tetapi memberi kesan yang cukup ummmph.1. Buka satu fail imej (potret) baby, potret orang dewasa pun boleh.
2. Bagi proses editing ini saya hanya menggunakan "Dodge Tool" dan "Burn Tool" sahaja.
3. Saya gunakan "Dodge Tool" untuk memutihkan bahagian iris mata dengan setting Range: Midtones, Exposure: 20%, Hardness 10% dan saiz brush mengikut kesesuaian.
-"Dodge Tool"-Gosokkan (Leretkan) pada bahagia iris mata hingga menjadi lebih putih dari gambar asal. Ulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil yang memuaskan jika perlu.
4. "Burn Tool" pula saya gunakan untuk menghitamkan (bahagian bulat) pada mata hitam dengan setting Range: Shadow, Exposure: 15%, Hardness 10%-15% dan saiz brush sama besar dengan mata hitam.
-"Burn Tool"-Letak bahagian bulatan Burn Tool tepat pada bahagian mata hitam dan klik beberapa kali hingga menjadi lebih hitam (jangan lebih sangat nanti jadi tak real pulak).
- Selepas tu gosokkan sedikit pada bahagian kelopak mata supaya nampak lebih jelas.
- Kemudian digosokkan (dileretkan) sedikit pada bahagian bibirnya.
Selesailah editing yang sangat mudah dan simple.Lihatlah hasilnya........ amacam........ selamat mencuba.(Lihat bahagian mata dan bibir)
Recent Artworks in Gallery
Recent Posts in Blog
0
comments
0 comments for �PHOTOSHOP : Eye Pop-Simple Editing�